Oct 4, 2005

Jurnal Fasilitator: LAKAR 05'

Alhamdulillah. Tamat sudah prorgram LAKAR (seLangkah ke Alam Remaja) di El Azzhar Camp, Morib.

Wajah-wajah yang dirindui sudah tertebus untuk dilihat, direnung :) Ibu, Pak Lang Rafa'i, Ya comel dan semua keluarga di sana. Ouh ya, Cik Nab dan team kantin pon buat diri ni nak kembali semula. Bila agaknya ya??

So, pengalaman bertambah. Flow program kali ini bertumpu pada kursus dan modul yang melibatkan pengisian ilmu fardu ain pada pelajar tahun 6 dari beberapa buah sekolah. Acara luar turut ada seperti high rope, bakau trekking, kayak, dan flying fox. Ermm..best :)

Di 'duduk' kan kat bahagian perancangan program, rasa macam pegang tanggungjawab yang besar..cukup besar sementelah program ni adalah anjuran Camp, jadi kami sendiri memang kena buat betul-betul. Adakah kami berjaya??

Di mata ku, semua komiti dah buat yang terbaik. Ermm..bukan nak menafikan kesulitan dan kelemahan yang ada, cumanya kelebihan dan kejayaan itu seharusnya dipenuhi di kepala supaya kita terus kerja keras.

Bukan nak syok sendiri. Tak kisah lah jika aku diletakkan di posisi mana, yang terbaik insyaAllah. Mawi pernah kata yang untuk menghadapi segalanya, kita buatlah apa pun dengan sepenuh hati, rileks dan nikmatinya cara terbaik. InsyaAllah, mind setting tu akan buat kita selalu ceria.

Itu cara seorang aku. Bukan aku nak menolak kelemahan tapi untuk berjaya, kita kena optimis dan teruskan kerja yang masih berbaki. Yang kurang cuba sempurnakan, yang bagus terus tingkatkan :)

Pengalaman memang mendewasakan. Bila buat kerja, buat betul-betul, kan?? So, apa pun dugaan yang datang akan bawa kita untuk sering tersenyum sebab kita percaya setiap masalah ada resolusi. Tak tidur pun takpa :) Ah, seronok betul bila berprogram ni.

Alhamdulillah. Akhirnya segala sudah selesai. 'Ala kulli hal, ALONG pohon maaf jika ada kekurangan semasa pegang tampuk pemerintahan..ehehe...tampuk perancang program LAKAR 05'

Adik-adik dan sahabat AF yang aku sayangi, Abang trainer yang aku hormati juga keluarga di Morib yang cukup memahami. Terima kasih kepada semua. Moga Allah merahmati usaha ini. Moga ilmu yang kita berikan pada adik-adik akan berterusan dalam amalan mereka dan menjadi bekal cahaya untuk kita di alam sana. Ameen :)

Untuk keluarga Akademi Fasilitator yang benar aku kasihi..terima kasih kerna sering menyinar apa yang suram. InsyaAllah, moga bersua pada Majlis Iftar Jamaie nanti. Salam Ramadhan..

No comments: